Monday 14 December 2009

Terlajak perahu.....

Memang benar kata orang-orang tua, mudah untuk menjaga sekandang kambing dari menjaga anak dara seorang! Lebih-lebih lagi anak dara yang sedang mengecap erti kebebasan dan kedewasaan. Tatkala inilah pengaruh rakan sebaya amat ketara.

Perhubungan yang sedia terjalin di antara ibu-bapa dengan anak remajanya akan tercabar pada ketika ini. Sekiranya perhubungan mereka baik maka kegeseran yang mungkin terjadi amatlah tipis. Tetapi, sekiranya sudah terdapat jurang di antara mereka, pada kala inilah jurang itu akan melebar dan pergeseran pasti akan berlaku. Akibatnya, mereka tidak sanggup bersua muka, bersapa jauh sekali. Yang anak akan menghilangkan diri dari pandangan atau pengawasan ibu-bapa mereka. Mereka akan terus hanyut bersama rakan yang menjadi tempat mereka mengadu dan meluahkan perasaan. Sekiranya rakan yang didampingi merupakan mereka yang baik-baik, maka terselamatlah anak itu.

Malangnya, tatkala inilah kebanyakan anak-anak muda sedang sibuk untuk mencuba perkara yang baru, perkara yang tidak terlintas semasa mereka masih lagi dibangku sekolah. Yang perempuan dan pandai main mata dan hati sementara yang lelaki melayan dan tunjuk macho...Di sebalik perbuatan mereka, tidak terlintas akan halal dan haram. Oleh kerana kebanyakan anak-anak muda melakukannya, maka apa jua perlakuan itu adalah okay bagi mereka!


Di manakah garis pemisahnya? Jawapannya....pendidikan agama yang telah diberi, tunjuk-ajar dan nasihat dari kedua ibu-bapa dan diri anak-anak itu sendiri. Bagi anak-anak muda ini, perlakuan mereka akan mencorak masa hadapan dan menentukan arah tuju penghidupan mereka. Terlajak perahu boleh berundur, terlajak kata atau perbuatan badan binasa!


Mungkin ada yang menyatakan bahawa percaturan hidup yang dilakukan oleh anak-anak muda ini merupakan garis kitaran hidup seseorang individu dari awal mereka dilahirkan hinggalah ke akhir hayat mereka. Jadi, sudah pastinya mereka akan menempuh pelbagai situasi yang harus dirungkai sendiri!


Namun begitu, sebagai ibu-bapa yang telah matang, yang pernah melalui zaman remaja dan mengerti akan cabaran dan dugaan yang menggugat keimanan seseorang itu sudah pastinya ingin menjadi 'penyelamat' dan melindungi anak remaja mereka dari terjebak ke jalan yang tidak 'selamat'.


Tetapi, adakah tindakan ibu-bapa ini disenangi oleh anak-anak remaja ini? Tentu sekali TIDAK! Sebaliknya tindakan ibu-bapa ini sering disalah ertikan. Mereka dilabelkan sebagai 'tyrant' atau penzalim, diktator, pembuli, hipokrit dan ketinggalan zaman.


Memang adakalanya ibu-bapa terpaksa mendesak, berkeras dan menghalang anak-anak remaja mereka dari melakukan sesuatu tindakan. Semuanya atas dasar perasaan kasih mereka terhadap anak-nya. Mereka tidak mahu melihat masa depan anak-remaja ini punah atau dibayangi oleh lakaran hitam yang tidak mungkin boleh dipadamkan sepanjang hayat nanti. Jangan biar nasi menjadi bubur, walau pun patah tumbuh hilang berganti...ianya tidak akan serupa!


Buat anak-anak remaja di luar sana, ingatlah kasih-sayang ibu tiada batasnya. Ibu-bapa hanya mahukan yang terbaik buat anak-anak mereka. Selagi nyawa dikandung badan, mereka akan cuba berikan segala-galanya. Pengorbanan mereka tidak bersempadan! Sayangi dan kasihi mereka sebab yang remaja akan meniti usia tua juga akhirnya.


Menggalas Impian....


Apakah hajat dan impian Tahun Baru kamu?

Persoalan ini sering kali dimajukan pabila muncul Tahun Baru, tidak kira apa bangsa sekali pun, ia tetap ditanya, tetap dirujuk dan disenaraikan. Tapi, adakah jawapan yang diberi benar-benar mencerminkan impian dan perancangan teliti yang akan dilaksanakan tatkala itu..atau pun ia merupakan jawapan spontan yang diberi tanpa mengambil kira keupayaan dan kerangka perancangan yang dibuat.

Apa yang pasti, tidak semua orang akan cuba menterjemahkan impian itu kepada satu bentuk perancangan yang boleh diguna pakai setelah mengambil kira beberapa faktor yang akan menentukan pelaksanaan dan kejayaan perancangan itu nanti. Dalam erti kata lainnya, hanya 10% sahaja impian yang dirakamkan akan dapat diterjemahkan dan mendatangkan hasil yang bersesuaian. Yang lainnya, tinggal sebagai impian semata-mata. Indah menjadi buaian mimpi di siang hari sekadar melepaskan batuk di tangga!

Yang pastinya, ketibaan Tahun Baru 2010 akan disambut dengan meriah sekali walaupun keadaan ekonomi masih belum menentu. Muda-mudi akan terus berpesta, berhibur dan dihiburkan dengan pelbagai majlis dan konsert menyambut Tahun Baru. Termasuk muda-mudi Islam akan dihanyutkan dalam denyutan irama Tahun Baru, tanpa perasaan segan-silu, tiada batasan halal dan haram! Asyik...memang sungguh mengasyikkan...!

Bagaimana pula dengan sambutan Tahun Baru Islam pula? Adakah, anak-anak muda Islam ini pernah terfikir untuk meraikannya dengan bermunajat,berqasidah, berzanji, berusrah atau menghadiri majlis-majlis ilmu? Jauh sekali!!! Selalunya majlis sedemikian akan dihadiri oleh orang-orang yang lebih dewasa, yang ‘terlebih matang’...jarang terjumpa anak-anak muda ..kalau ada pun boleh dihitung dengan sebelah tapak tangan sahaja!

Mengapa jadi sedemikian? Mereka rasakan diri masih muda, masih mempunyai banyak masa untuk bertaubat dan mendekati diri dengan Yang Maha Esa! Bagi mereka, usia muda adalah masa untuk menikmati kesemuanya supaya tidak menyesal di kala diri dimamah usia tua.

Hijrah 1431 akan mengapai beberapa hari lagi pabila Hijrah 1430 melabuhkan tirainya. Bagaimana dengan impian anda? Adakah akan dipanjatkan doa semasa itu atau pun tunggu 1 Januari baru dilakarkan?

Bagi diri ku...hasrat sudah tertanam ke dalam sanubari...buat diri dan keluarga. Hanya satu ku impikan buat negara yang tercinta!

Bertautlah kembali orang-orang Islam kepada satu, kepada Allah yang Maha Esa, tanpa dibatasi oleh fahaman politik. Usah dibayangi oleh perasaan syak wasangka dan tamak haloba yang boleh menjatuhkan sesebuah negara dan keluarga.

Bangunlah, lihat dan bermuhasabah agar tidak terleka dengan arus kebaratan yang asyik dikejarkan di atas tiket pemodenan. Yang terpesong, pulanglah ke pangkal jalan...yang lurus, maju terus ke hadapan dan jangan lupa untuk mengepit tangan mereka yang masih bertatih terhuyung-hayang!

Islam itu indah! Al-Quran itu pelengkap dan panduan buat umat Islam. Tiada kekurangan nya dan tiada ia ketinggalan zaman...! Jangan sesekali dibiarkan Islam dipersendakan dan dikotak-katikkan.

Buat semua... Selamat Melangkah ke Hijrah 1431, semoga sentiasa diberkati dan ditunjukkan jalan yang benar lagi lurus!


Amin....


Thursday 10 December 2009

pucuk dicita.......

Sememangnya zaman remaja begitu indah sekali. Masa itulah kita mula belajar untuk mengenali diri, belajar berkenalan, rakus dengan keinginan, tidak mengenal erti kesabaran. Ya! zaman remaja memang banyak pancaroba.

Melihat telatah anak-anak yang meningkat dewasa, aku sering tertawa dan terkedu! Iyelah..ada kalanya tindakan mereka membuat kita kurang selesa, nak dipulas telinga ...dah tua, disebat... mereka lagi besar dari kita, nak dimarahi ...merajuk pula..kalu lari dari rumah..mampus kita!!! Heh...heh...heh!

Tapi..kalu berkias..mana mereka nak faham! Jadi yang terbaik, kita bersemuka dan terus menyatakan perasaan kita, pendapat kita ..walaupun tidak diminta. Sebabnya..kita adalah ibu bapa yang sering prihatin akan mereka dan ingin memastikan mereka tidak terbolos ke dalam lubang yang digali tanpa disedari!

Biasalah..kalau anak terjatuh..ibu akan terus menerpa, takut anak-anak tercedera...Memang naluri ibu sebegitu rupa!

Ada kalanya, keprihatinan ibu bapa disalah ertikan. Pelbagai tuduhan dilemparkan sama ada secara lahiriah atau sebaliknya, kesannya masih serupa. Terhiris hati juga...walau sedikit...pedih seperti jari yang luka tercucur pula garam yang halus..pedihhhhhhh!!!

Tapi ..pada masa yang sama mereka menjadi penghibur kita. Gelak-tawa, sakat-menyakat adalah perkara biasa. Memang tak kering gusi dibuatnya. Apabila mereka tiada di sisi terasa sangat kehilangan mereka.

Begitulah perasaan ibu bapa kita semasa kita muda-remaja!

Hanya satu harapan dan peringatan buat semua muda-remaja. Sebelum terbujur-kaku dan pintu taubat tertutup buat selama-lamanya, ingatlah......dosa dan pahala bukan perkara mainan, hidup bukan menongkat langit, amalan dan iman pakaian setiap insan! Jangan sekali-kali tergegar tiang seri keimanan itu...buruk padahnya!


Wednesday 9 December 2009

Kerana Nila Setitik....

Mereka masih lagi tidak insaf! Masih lagi membutakan mata dan hati malah data pemprosesan minda turut dibekukan. Mengapa? Masih tidak cukup lagikah pengorbanan yang telah dilakukan oleh kita, orang-orang Melayu dan beragama Islam! Dimanakah maruah kita?

Benar...kita orang Islam! Kita harus banyak bersabar dalam menempuhi dugaan dan cabaran polemik politik yang menggugat kesetiaan insan yang bernama anak MALAYSIA, anak MELAYU JATI yang kasihkan negara yang tercinta. Tapi...sampai bilakah kita harus mendiamkan diri tanpa menyatakan pandangan diri, hasrat sebenar yang terkandung didalam hati! Sampai bila???

Adakah kita perlu tunggu sehingga dijajah baru kita akan masuk gelanggang dengan bunga-bunga silat semula? Kenapa? Mahu menunjuk langkah perwira, agar nama dijulang apabila berjaya menundukkan 'mereka-mereka' yang dikatakan 'pembawa bencana'???

Hah! Sememangnya Melayu mudah lupa! Lupa akan segala penat-jerih pahlawan -pahlawan yang berperang menuntut kebebasan negara! Lupa akan segala titisan darah yang membasahi bumi merdeka ini.

Sejarah pastinya akan berulang! Tapi kali ini, janganlah harap ianya akan menyebelahi kita, orang-orang Melayu. JANGAN HARAP!

Cuba lihat sekeliling kita. Berapa ramaikah orang-orang Melayu yang bersedia untuk melanggani kedai-kedai milik orang Melayu itu sendiri? 100..200...500...1000??? Kita boleh kira dengan jari sebenarnya!

Orang-orang Melayu sendiri lebih gemar melanggani kedai bangsa asing. Tengoklah yang berderet membanjiri kedai mamak Kayu Nasi Kandar atau Pelita Nasi Kandar. Ada juga yang sanggup menghabiskan duit dikedai Kopitiam, tak kiralah kepunyaan siapa...asalkan kopitiam. Yang rasa diri mereka "bourgeois" atau Melayu Moden yang trendy pula akan menghiasi ruang-ruang Starbucks atau Coffee Beans. Itu namanya Melayu!!!

Tapi..apa jadi dengan kedai-kedai anak watan kita? Ianya akan menjadi popular sekiranya terdapat artis-artis yang sedang 'top' bersidai disitu...itu pun untuk sementara waktu sahaja. Yang lainnya...lenggang...selenggang-lenggangnya! Sebab, kedai Melayu tu kecil, tak ada kelas!

Kalau orang Melayu sendiri tidak mahu menaikkan perniagaan bangsanya sendiri, siapa lagi? Cuba tengok bangsa Cina cukuplah! Mereka akan sentiasa melanggani kedai sebangsa mereka. Sebabnya? "Kalau Gua tak lak beli barang dia, sapa mau beli o! Orang Cina , mesti tolong orang Cina juga o! Ta lak kila, MCA ka, DAP ka, Gerakan..sume sama juga o...orang Cina!"

Hakikatnya begitulah bangsa asing memartabatkan bangsanya sendiri! Tapi Melayu............???

Masakini, kita disuruh lagi 'bersedekah jariah', menjual satu-satunya harta yang sekiranya digadai tidak mungkin dapat ditebus kembali. KEISTIMEWAAN BUMIPUTRA, HAK ORANG MELAYU dan KEDAULATAN KESULTANAN MELAYU!!!

Demi kesamarataan katanya, orang Melayu disuruh menggadaikan semua itu. Semuanya atas nama Semangat 1Malaysia!

Adakah ini wajar? Mengapa kita harus melemparkan segala hak-hak orang Melayu yang diperjuangkan selama ini oleh pejuang Bangsa yang akhirnya termaktub di dalam perlembagaan negara begitu sahaja? Siapakah kita! Apakah pengorbanan mereka itu sia-sia belaka dan tiada nilai sesen jua? Apakah erti kemerdekaan sebenarnya?

Semangat 1Malaysia sepatutnya berpaksikan perpaduan, saling-hormat menghormati di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang bangsa, kaum, agama dan budaya. Seharusnya, kita saling berpegang teguh kepada rasa semangat anak Malaysia, bukan menuntut sesuatu bangsa itu menggadaikan sebahagian dari hak-hak mereka.

Cuba fikirkan, siapa yang akan membela nasib anak-anak Melayu sekiranya hak-hak mereka dilupuskan? Ahli politik Melayu? UMNO...PAS...??? PKR...jauh sekali! Siapa???

TIADA! NADA! ILLEK! NEHI! NONE! ZILCH! PU!

Tiada seorang pun yang akan sanggup ke hadapan! Semuanya akan menikus, semuanya menjadi Pak Turut, ikut sahaja cakap ketua...seperti lembu dicucuk hidung, menurut sahaja! Bukan apa, sebenarnya orang-orang Melayu sangat takut dengan bayangan mereka sendiri, lebih-lebih lagi ketua politik! Mereka takut akan kehilangan pengikut, takut... tiada orang yang akan mengundi mereka, takut... kalah pilihan-raya! Kerana ketakutan inilah mereka sanggup mengorbankan hak anak bangsa sendiri.

Siapa yang untung? Sudah pastinya bukan orang Melayu! Semua bangsa... melainkan Melayu. Cina, India, Banggela, Indonesia, Kemboja, Siam....apa bangsa jua...melainkan Melayu!

Kemana perginya orang Melayu? Hilang dimamah bangsanya sendiri yang menjual harga diri! Manakan tidak, atas Semangat 1Malaysia jua, bangsa Melayu berperangan sesama sendiri walaupun seagama! Atas semangat ini jua, orang-orang Melayu sama seperti Hamas dan.....

Kenapa UMNO dan PAS umpama anjing dengan bayang-bayangnya? Kenapa tidak bersatu atas nama 1Malaysia, Islam dan Orang Melayu?

Sekiranya polemik ini tidak dicaturkan memihak kepada 1bangsa dan 1Agama, alamatnya...tiada lagi Malaysia merdeka yang diamanahkan kepada kita. Sebaliknya, akan terdapat satu Republik yang baru...Republik Malaysia!

Apakan tidak, kedaulatan Sultan sanggup disoal, dibawa berdebat tanpa segan-silu, dicerca dan dihina begitu rupa! Suatu masa dahulu, perkara sebegitu tidak akan terjumpa...maruah raja dijaga! Namun tidak lagi!!!

Bukan itu sahaja, agama islam juga dipersenda! Mengapa?

Tepuk dada tanya selera!!!

Sekiranya ketua-ketua masih lagi dibuai rasa selesa, saling melepaskan tembolok mereka sahaja, lupa amanah dan lupa pegangan....maka tergadailah bangsa Melayu, tergadailah martabat raja dan tergadailah negara yang dinama Malaysia.

Kita akan 'terjajah' semula! Menjadi bahan ketawa sebagai bangsa yang tidak berwibawa! Siapa kata Melayu tidak akan hilang didunia? Kita yang menanam diri anak bangsa...kita yang membiar sejarah berulang semula!



Nukilan rasa ini hanyalah sebagai satu NOTA KESEDARAN buat anak-anak bangsa yang masih leka berada di dalam kotak keselesaan mereka. Anjakan paradigma diperlukan untuk menjadi sebuah bangsa yang berwibawa. Ianya tidak ditujukan kepada lain-lain kaum hanyalah buat orang-orang Melayu yang masih lena


Tuesday 8 December 2009

Sarang Tebuan Jangan Dijolok...Sr 3

"Hah!" Kak Kiah dan Pak Abu menjawab spontan.

"Hei..Mizi, kau ni biar betul! Kau ingat bab kahwin ni boleh main-main ke? Ni...anak sape yang kau berkenan tu hah? Kenapa mak tak pernah jumpa dengan dia?" ujar Kak Kiah dengar nada yang garang.

"Kau jangan ingat nak kahwin dengan si Ana tu..ishk ke main gedik dan ligat aje budak tu....hah..hah si Lina tu pun mak tak berkenan..sama aje gediknye...silap hari bulan bila kau dah kahwin nanti, mak dengan ayah kau dihalau kuar...eh...takde maknanya mak nak bermenantukan dorang tu," ujar Kak Kiah lagi sambil mencemikkan mukanya.

"Takde le mak, mana Mizi nak kahwin dengan dorang tu! Dorang hanya boleh jadi kawan seronok-seronok aje...bukan untuk buat bini..!"Mizi menjawab sambil tergelak kecil.

"Bakal menantu mak tu orang Perak. Dia baik dan pandai agama. Mak tak payah susah-susah. Semuanya Mizi dah aturkan. Kita buat yang wajib aje" ujar Mizi lagi.

"Kami berdua tak mahu bersanding..tu adat orang India! Kami nak bernikah di Masjid dan kendurinya pun buat kat situ. Jadi mak tak payah nak susah-susah lagi. Tak payah nak fikir nak hias rumah, pasang khemah dan memasak. Kat masjid tu nanti, Mizi dah aturkan untuk katerer aje yang buat. Mak relaks aje!" kata Mizi lagi.

"Habis tu, tak payah nak merisik, bertunang..ni hantaran macam mana lak?" bentak Kak Kiah.

"Merisik tu, kita buat minggu depan ye Mak? Mizi dah beritahu kakak dia yang Mak akan datang minggu depan. Lepas tu kahwin pada hujung bulan. Sebenarnya mak, Mizi dah kata kat kakak dia yang duit hantaran tu tak payah banyak, setakat RM2500 jadilah dan sepersalinan aje. Lain tak payah, ' kata Mizi dengan megahnya.

Mizi merasa sungguh berpuas hati sebab dapat membuat segalanya dengan sendiri tanpa memerlukan pertolongan sesiapa pun. Lagi pun dengan cara sebegini, ibunya tak payah bersusah-payah membuat persiapan untuk perkahwinannya. Niatnya ikhlas, hendak bernikah dengan cara yang mudah tanpa upacara-upacara yang membazir dan mirip tamadun Hindu. Manakan tidak, menaiki pelamin dan ditepung-tawar adalah adat-adat orang-orang India belaka. Pada hematnya, biarlah ibunya dapat relaks dan dia bernikah di Masjid, lagi afdal.

Tercengang Kak Kiah mendengar penjelasan anak sulungnya. Manakan tidak, dia rasa tersisih! Adakah patut, peranan dan tugasan untuk menganjurkan majlis itu bukan untuknya? Adakah dia diumpamakan tunggul hidup dan bukan ibu kepada Mizi? Seribu satu macam persoalan bermain di kepala. Belum lagi kenal dan bersua, dia sudah mula membenci bakal menantunya itu. Sudah pasti, ini mesti kerjanya! Pandai sungguh dia mainkan peranan memanipulasi Mizi. Mizi tak akan buat seperti ini jika bukan didorong! Ya...punca ni semua adalah disebabkan oleh bakal menantunya! Siap..kamu!

"Mizi, siapa nama budak yang dah tambat hati kau ni? Dah le kau sorok dia, mak pun kau nak belakangkan!" jerkah Kak Kiah.

"Mana ada sorok..dia ni bukan suka bertandang ke rumah orang sembarangan. Mizi dah ajak, tapi dia berkeras tak nak, dia kata segan. Jadi, Mizi nak buat camne?" jawab Mizi selamba. Tidak langsung terdetik di hatinya akan perasaan ibunya, Kak Kiah. Dia lupa bahawa dia adalah anak sulung, manjaan dan harapan ibunya.

Mizi hanyut di dalam mimpi indah yang bersulam di sanubarinya ketika itu. Malah, langsung dia tidak perasan akan suasana tegang yang sedang menyelubungi ruang tamu itu. Kalau matanya boleh menembusi ruang kalbu ibunya pasti dia akan terlihat betapa robeknya hati ibunya itu. Tapi....

"Aik..belum apa-apa lagi dah nak tunjuk degil..! Yang kau ni ikut sangat cakap dia apa hal...dah termakan ke?" tempelak Kak Kiah. Puas ditelan rasa pahit hempedu pabila mendengar kata-kata anaknya itu. Sungguh tidak disangka!!! Hatinya robek! Terhiris dengan kata-kata anaknya yang bagaikan sembilu menusuk ruang hatinya itu.

"Mak ni apalah..suka cakap bukan-bukan. Eloklah dia tak suka bertandang kat rumah orang, jadi esok-esok pun tak pandai nak bertenggek merata tempat. Tasha tu baik mak. Betul..dia memang baik. Mizi dah berkenalan dengan ramai perempuan tapi takde satu pun yang setanding dengan dia" ujar Mizi lagi.

"Sebenarnya dia belum nak kahwin lagi, tapi Mizi yang desak dia sebab Mizi takut nanti ada orang lain yang masuk meminang dan kahwin dengannya. Mizi tak mahu melepas.." tegas Mizi lagi.

Pak Abu terus mendiamkan diri. Dia pandang sahaja ke arah anak sulungnya tanpa berkata apa-apa. Kak Kiah bingkas bangun dan menuju ke muka pintu. Hatinya membuak-buak dengan kemarahan. Diurut dadanya perlahan-lahan agar dapat melegakan sedikit ketegangan yang dirasakan. Dia menarik nafas panjang sambil memegang bingkai pintu erat-erat.

"Kalau dia tak nak datang sekali pun, sekurang--kurangnya minta mak tengok gambar dia," ujar Kak Kiah. Nadanya kembali tenang tapi sayu....Api kemarahannya telah berganti dengan perasaan dingin...membeku, membatu...tiada lagi bersulamkan bunga-bunga kemesraan seperti dahulu! Hatinya dingin, lebih dingin dari bayu yang menghembus di kutub utara!

Mizi bergegas bangun menuju ke biliknya. Sebentar kemudian dia menghulurkan sekeping gambar ke arah Kak Kiah. Kak Kiah membelek-belek gambar yang berukuran kecil itu.

Apa yang Mizi nampak dalam budak ni...biasa saja rupanya! Di lihat wajah gadis yang telah berjaya menambat hati anaknya. Memang tiada keunikan langsung! Muka bulat, mata kecil dan menyerong persis orang cina tapi renungan yang tajam. Bibirnya tipis, raut mukanya menampakkan air muka seorang yang tegas.

"Habislah anak ku ni," bisik Kak Kiah dalam hatinya. "Nampak sangat Mizi akan kena 'queen control', tengoklah sekarang ni pun dah main ikut aje cakap pompuan tu. Tapi siap, kalau dia berani nak buli si Mizi, memang dia akan bertemu dengan ruasnya. Takkan ku biarkan anak aku dimainkan--mainkan oleh sesiapa sekali pun," tegasnya dalam hati lagi.

"Camne mak, dia okey kan?" tanya Mizi dengan muka yang mencerminkan harapan untuk mendengar yang terbaik. Kak Kiah terdiam sejenak. Diamati muka anaknya tu dengan renungan yang redup. Hmmm....

"Kalau kau dah suka, mak nak buat macam mana lagi. Tapi satu saja mak nak ingatkan, budak ni pilihan kau sendiri, bukan mak dan bukan ayah kau. Jadi, kalau ada apa-apa yang terjadi di belakang hari nanti, jangan cari mak atau ayah, jangan kau sesekali menyalahkan kami sebab mak dan ayah bukan memilihnya, Kau yang pilih dia. sendiri..ingat!!!!" tegas Kak Kiah. Dia memandang tepat ke arah Mizi dan menunggu jawapannya.

"Eleh...memang le! Takkan Mizi nak salahkan mak dan ayah pula. Tapi yang mak doakan yang bukan-bukan ni kenapa? Apa yang Tasha dah buat salah kat mak, jumpa mak pun tak lagi tapi mak dah cakap macam ni, seolah-olah macam dia dah bersalah dengan mak pula?" Mizi bertanya dengan penuh nada kesalan dan kehairanan.

Pak Abu mengeluh kecil. Dia tahu perasaan isterinya yang sudah terhiris. Dia sendiri pun merasa kesal. Tapi...Mizi telah membuat janji, suatu janji yang sekiranya tak dikotakan akan menjadi onak yang bernanah di dalam hati nanti. Biarlah dia dan isterinya berkorban demi nama baik Mizi dan mereka sekeluarga. Pembohong atau pendusta, tidak pernah menjadi ungkapan bagi mereka. Pak Abu membetul-betulkan kopiah di kepala sambil bersila kemas semula.


"Cukup le Kiah oii! Kalau si Mizi dah nak kahwin sangat dengan budak tu, tak mengapalah," tegas Pak Abu kepada isterinya dengan nada tenang tapi tegas. Kemudian, Pak Abu mengalihkan pandangan ke arah anak sulungnya itu.

"Bila kau cadang nak suruh mak dan ayah pi ke rumah kakak si-Tasha tu, Mizi?" tanya Pak Abu dengan nada perlahan dan memujuk.

"Kau kenalah beritahu cepat sikit, jadi boleh ayah panggil pakcik dan makcik kau suruh datang dan berbincang sebelum kita bertandang ke situ nanti, boleh kan Mizi?" tanya Pak Abu lagi.

"Sebenarnya, ayah..mak, Mizi dah janji yang ayah dan mak akan sampai hujung minggu ni juga. Kita tak payah le nak panggil ramai orang. Pak long dengan mak long aje pun dah cukup," ujar Mizi. Dia mula mencemikkan mukanya. Ishk! Kenapa nak kena beritahu ramai sangat orang. Alamak! Keluar lagi duit aku ni...bisik Mizi di dalam hati.

"Tak boleh macam tu Mizi. Kau anak sulung ayah dan mak. Lagipun kalau ayah panggil pak long dan Mak long kau saja, sudah tentu Pak Ngah, Pak Lang dan Pak Su kau akan kecil hati. Kita mesti bagi tahu dan ajak mereka. Kalau mereka tak dapat datang, tu takpe le. Sekurang-kurangnya mereka dah tahu. Dalam hal ni kita tak boleh nak membelakangkan sesiapa pun," ujar Pak Abu lagi.

Mizi terdiam sebentar. Dia takut hendak membantah walaupun dia tidak suka akan perancangan ayahnya itu. Dia terpaksa akur dengan keputusan ayahnya!

Hari yang dijanjikan tiba dan pergi. Kini, masa untuk diijabkabulkan. Megah sungguh perasaan Mizi apabila dapat melafazkan akad dengan sekali lafaz sahaja. Dia tersenyum gembira sambil mengucup dahi isterinya setelah menyerahkan wang mas kahwin dan menyarung sebentuk cincin berlian di jari manis Tasha.

Hah! Bermulalah kini episod cinta dan pelayaran bahtera rumah-tangga...bisik Mizi dalam hatinya. Bunga idaman berada dalam genggaman dan menjadi hak mutlaknya. Tiada lagi perlu dia merasa cuak setiap kali ada jejaka yang menyapa atau melintasi kubikel Tasha nanti. Tasha miliknya!

Kenduri yang diadakan di Masjid Kampung Gelam berjalan dengan sempurna. Ramai juga orang yang datang menyerikan majlis yang serba ringkas itu. Walaupun saudara-mara asyik bertanya perihal persandingan yang tidak diadakan, Mizi terus tersenyum riang dan tenggelam di dalam lautan kegembiraannya.

Kak Kiah tersenyum hambar melihat kelakuan Mizi dan menantunya, Tasha.

Entah dengan siapa dia bersalaman atau bersapa pun, Kak Kiah lupa. Malah, nama kakak-kakak dan saudara-mara Tasha, tiada satu pun yang melekat di kepala. Ehm...lantak, bukan mustahak pun! Tak perlu nak ingat, lagi pun entah bila akan bersua muka...kalau boleh sampai bila-bila tak mahu jumpa...bisik Kak Kiah di dalam hatinya.

Hmm...lantaklah! Siap kau Tasha, jangan kau cuba nak pisahkan Mizi dengan ibu bapanya. Jangan kau fikir hendak mengawalnya pula! Tak akan ku biarkan sampai bila-bila. Ini janjiku...kau siap sedia!


/bersambung...

Friday 4 December 2009

Sarang Tebuan Jangan Dijolok...Sr 2

"Tu, yang itu menantu Kak Kiah ye? Ishk...bukan ape Kak Kiah, dia tu nampak biase-biase aje...ingat dia lagi cantik dari si-Lina yang Kak Kiah berkenan tu!" bisik Mak Su.

Dup!dup!dup!..jantungku berdegup kencang. Cemas. Berdesing telingaku mendengar kata-kata yang pedas itu. Siapa dia? Apa ikatannya dengan Mak Mizi? Oooh...Mak Mizi..eh..eh.mak mertuaku dah ada calonnya sendiri! Kenapa Mizi tak bagitau awal-awal lagi? Aaaaaah! nampaknya aku terpaksa kerje keras untuk ambil hatinya.

"Tengok le tu...mana si Mizi tak cari lain...bukan tahu nak ambil hati laki...hmm hati mak ni..hah jauh sekali" herdik mak mertuaku.

"Tasha...Tasha...hoi..kau dengar tak mak cakap ape?" jerkah mak mertua. Terpinga-pinga. Cepat betul aku mengelamun. Enam pasang mata memandangku.

"Tak mak! Mak cakap ape tadi? Kepala Tasha ni sakit sikit" kataku sambil memicit dahi dan tengkok. Alamak! cepat betul aku mengelamun. Tapi, manakan tidak..aku benar-benar tersepit sekarang. Sekarang aku berada dipersimpangan hidup. Apa jua langkah yang ku ambil akan membawa kepada suatu perjalanan hidup yang berbeza. Bukan seperti dahulu lagi!

"Mak! Tasha benar2 sayang pada anak2 Tasha dan akan terus menyayangi mereka. Begitu juga dengan Abang Mizi. Tapi mak, sebagai seorang perempuan Tasha tak sanggup lagi hidup dengan kepura-puraan," kata Tasha dengan nada yang penuh sayu.

"Abang Mizi dah banyak berubah Mak, tak macam dulu lagi. Tasha rela melepaskan nya, asalkan dia bahagia. Tapi Mak...Tasha ada juga maruah diri. Tasha tak pernah menduakannya atau melupakan tanggung jawab Tasha sebagai isteri dan seorang ibu. Tasha tahu akan halal dan haram , Mak!" jelas Tasha lagi.

Benar, banyak telah berubah. Mizi yang dahulunya sangat penyayang, periang dan selalu bergaul-rapat dengan anak-anak kini sudah janggal, seperti orang luar sahaja kelakuannya. Dia jarang pulang ke rumah dan tidak menghiraukan lagi tanggung-jawabnya sebagai ketua keluarga.

Mizi sekarang sudah kembali muda! Dia bukan lagi berumur 50 tahun tapi sudah melangkah ke alam remaja kembali...kembali 20an. Betul lagaknya persis ayam jantan yang baru tajam tajinya, menari-nari tarian memikat dengan kokokan mengurat. Hmmm!

Tasha tersenyum sepi berulam sedih. Ya! Sejak bergelar pensyarah, Mizi sudah kembali menjadi muda. Maklumlah, anak muridnya muda-muda belaka dan dia benar-benar ingin untuk diterima dan tergulung sebagai seorang muda juga. Baginya, umur adalah angka tapi perasaan dan tingkah-laku mesti menampakkan kemudaan diri.

Ya..Mizi dulu dan Mizi sekarang sangat jauh berbeza seperti langit dan bumi! Semasa baru pulang dari Tanah Suci, dia tak pernah tinggal solat dan sering menjadi imam dirumah. Dia akan memastikan anak-anak semua turut mengerjakan solat bersama-sama. Kini ...tidak!

"Mak, Tasha benar-benar minta ampun dengan mak. Tasha dah tak boleh hidup bersama Abang Mizi lagi. Demi anak-anak dan kewarasan Tasha, Tasha rela dilepaskan. Tasha akan bawa haluan hidup yang lain bersama anak-anak. Biarlah Abang Mizi mulakan hidup baru tanpa terikat dengan ikatan yang lalu. Tasha akan menjaga anak-anak Tasha sebaik mungkin. Insya Allah, dengan restu dan doa mak dan juga pertolongan Illahi yang tiada penghujungnya, anak-anak akan dapat kehidupan yang sempurna dan tenteram, " ujar Tasha lagi.

Kak Kiah mendengus. Dia gembira dengan keputusan Tasha. Hah! Padan muka kau. Dari dulu lagi memang aku tak suka pun dengan kau. Tak kira le banyak mana anak kau berderet didepan aku, aku tetap takkan suka pada kau..mendengus Kak Kiah dalam hatinya.

Iyelah..entah apa sangat yang ada dengan Tasha yang membuatkan Mizi tergila-gila sangat hendakkannya. Nak pandang sebelah mata pun aku tak lalu...bisik Kak Kiah didalam hatinya. Dia sendiri kurang faham mengapa dia terlalu prejudis terhadap menantunya yang seorang ni. Mungkin kerana dia rasa terpinggir bila Mizi membuat keputusan untuk menikahi Tasha tanpa meminta pandangan dan pendapatnya dahulu.

Mana tak terbakar hati aku, tahu-tahu aje Mizi kata nak kahwin dengan pilihan hatinya dalam tempuh sebulan. Peristiwa itu masih lagi segar bermain dibenak kepalanya.

" Mak, Ayah..hujung bulan September ni Mak dan Ayah dapat menantu!"ujar Mizi dengan nada penuh keriangan dan dramatis sekali.


/bersambung...

Friday 27 November 2009

Sarang Tebuan Jangan Dijolok...Sr 1

"Kan mak dah cakap dari dulu, kalau korang bergaduh ke atau bercerai ke..jangan korang cari mak...dari dulu lagi memang mak tak berapa setuju ...tapi dah kau nak sangat kahwin dengan dia..tanggung le sendiri, mak tak tahu!!!!..." leter ibu mertua Tasha.

Tasha terkedu. Dari dahulu lagi sememangnya dia tahu bahawa ibu mertuanya memang kurang senang dengan dirinya. Dia melirik kearah anak-anaknya yang berlima. Mereka diam sahaja. Di lihat anak sulungnya menggetapkan bibirnya menahan kesabaran sambil membuku lima tangannya. Tasha mengelengkan kepalanya sedikit dan mengisyaratkan dengan matanya agar anak lelakinya yang terkenal dengan barannya mendiamkan diri. Yang lainnya diam, membatu!

Dia terus merenung wajah mertuanya dengan sayu. Jauh disudut hatinya dia tahu akan kebenaran kata-kata mertuanya. Walaupun umur perkahwinannya dengan Mizi dah menjangkau 15 tahun tapi kemesraan mertua yang diimpikan masih lagi belum dikecapi. Seringkali dia diketepikan, pandangannya tak pernah ditanya ..jauh sekali untuk diambil kira. Dia pasrah dengan kehidupan rumahtangganya. Tapi...............

Leteren ibu mertuanya dah disematkan jauh dari benak pendengarannya..diumpamakan seperti nyamuk yang tak henti-henti mengiang di cuping telinga. Tasha mengelamun, mengimbas kembali detik detik dia mengenali suaminya. Hmmmn..........

"Sha, kau tengok tu... yang itu. Lagi tadi dia asyik curi-curi pandang you le! Boleh tahan juga rupa dia, tinggi dan badannya pun ..hmmm best, s a s a!" ujar Nina. Ku menyorot pandangan ku kearah jejaka yang sedang membelek-belek majalah disudut redaksi.

Oh! dia rupanya...Sememangnya aku pernah terserempak dengannya sekali-sekala, maklumlah bekerja dibawah satu bumbung yang sama. Setahu aku, dia seorang wartawan dan sering membuat liputan mengenai hal ehwal semasa. Kalau tak silap, namanya Mizi. Aku..hah...aku pula bekerja di bahagian penyuntingan dan penterjemahan.

Memang Mizi boleh dikatakan kacak juga orangnya, tapi pendiam sedikit. Dia bukan dalam klik ku. Geng-geng aku ada sedikit gila-gila. Kami rugged, ekstrovert, dan suka membuat perkara-perkara yang tak pernah terfikir oleh orang lain. Ialah, ada masanya kami berpakaian macam minah mat salleh yang sesat kat Malaysia. Bukan ape, kami akan memakai skirt ketat lagi pendek, rambut dicelup warna perang atau perang muda, muka bertata rias dengan solekan terkini, skaf kecil berlilit di leher dan bertopi beret. Bagi kami, baju melayu memang tiada dalam kamus hidup kami. Kami Moden!

Masih ku ingat lagi cara-cara Mizi memikat aku. Bermula dengan bunga-bungaan, coklat, buku dan kad-kad yang sungguh menghiburkan. Sememangnya dia seorang pemikat burung yang pandai sebab lama-kelamaan ku terpikat dengannya. Pandai dia menjinakkan ku!

Percintaan kami sungguh hangat dan romantis sekali. Hatiku sentiasa berdebar-debar bila berhadapan dengannya. Adakalanya kelu juga untuk berkata-kata. Pandai sungguh dia mengayat kata-kata manis yang akhirnya berjaya menamatkan zaman bujang ku.

Aku tidak pernah diperkenalkan kepada keluarganya melainkan adik bongsunya. Itu pun secara kebetulan sebab terserempak semasa makan di Bangsar. Selang enam bulan berkenalan pihak keluarga Mizi sudah datang merisik dan terus menetapkan tarikh perkahwinan. Walaupun tempoh diberi sungguh singkat, cuma dua bulan sahaja, keluargaku akur dengan kehendak keluarga Mizi. Kami tidak pernah bekeras sehinggakan wang hantaran, mereka juga yang menentukan.

Bila ku imbas kembali detik2 itu, ku terasa diriku ini sungguh bodoh sekali. Mana tidaknya, setiap langkah dan tindakan yang hendak diambil semuanya ditentukan oleh pihak keluarga Mizi. Keluarga ku langsung tidak bersuara.

"Betul kamu nak bernikah dengan Mizi? Ingat ye, bila kamu menikahinya bermaksud kamu akan menerima kesemua ahli keluarga dan saudara-mara Mizi dengan seadanya. Fikirlah baik-baik. Langkah ni adalah penentu masa depan kamu dan apabila dah dibuat, tiada lagi boleh berpatah balik" ujar Kak Ani. Pada masa tu, aku langsung tidak mengupas kata-kata kakak sulungku. Dunia ini bagaikan suatu hamparan bunga yang indah lagi mengharum. Maklumlah sedang bercinta!

Sepatutnya aku sudah terhidu akan sikap angkuh keluarganya yang mementingkan diri sendiri. Walaupun kami adik-beradik tiada lagi tempat berpaut sebab kematian ibu dan bapa, adalah tidak wajar kami diperlekehkan sebegitu. Tapi, itu adalah lumrah alam. Tiada siapa yang akan membela bila tunjang seri kita telah tiada. Ya, tunjang seri kami adalah ibu bapa kami yang tercinta!

Pernikahan dan kenduri kesyukuran kami dibuat di Masjid Kampung Gelam. Disana lah,buat pertama kali ku melihat ibu mertuaku. Orangnya rendah, berbadan kecil lagi kurus dan mukanya runcing. Dalam hati kecilku terdetik menyamakannya dengan burung gagak...eh eh ..burung tiong!

"Psst...dia tu ke orangnye?".........






/bersambung...

Monday 7 September 2009

SELAMAT MELANGKAH KE SYAWAL

Detik masa berlalu tanpa menghirau sesiapa, yang tertunggu-tunggu tetap akan menunggu sementara yang mengejar setiap saat yang berlalu akan terus mengejarnya tanpa rasa penat atau jemu...mereka adalah insan yang tahu mengharga masa. Begitulah dengan Ramadhan ini..sudah hampir sampai kepenghujungnya dan selang beberapa hari lagi syawal akan menjelma.

Banyak perkara yang bermain dibenak kepalaku...adakah aku akan berjumpa lagi dengan Ramadhan pada tahun hadapan....adakah apa yang aku lakukan selama ini sudah cukup atau masih ada banyak ruang untuk dipenuhi dengan amalan....Rasanya ruang-ruang itu akan sentiasa ada selagi digelar insan dan selagi masih bernyawa lagi....Banyak benda yang harus dilakukan semasa kita masih hidup...bagiku kehidupan adalah suatu pencarian ilmu dan amalan yang tiada batasan dan penghujungnya, hanya sesudah nafas yang terakhir dihembuskan barulah pencarian dan pengumpulan itu tertutup buat selama-lamanya.

Harapan dan doaku selama ini hanyalah untuk diberikan taufik dan hidayah juga petunjuk kejalan yang benar oleh Allah s.w. dan semoga segala amalan diterima. Semoga anak-anak ku menjadi anak yang soleh dan kami sekeluarga dijauhi dari apa jua kesusahan atau godaan. Semoga kami semua tergolong dalam golongan mereka yangberiman dan dikasihi oleh Allah s.w. Ku juga berdoa menjadi isteri yang solehah dan sentiasa mentaati suamiku. Inilah harapan dan doaku selama ini semoga dikabulkan Allah s.w.

Banyak perkara telah berlaku pada Ramadhan ini, ada kesedihan, kepayahan, kekecewaan dan keinsafan. Bagiku yang baik datangnya dari Allah dan yang buruk adalah perbuatan manusia itu sendiri. Semoga syawal yang mendatang ini membawa satu sinar harapan dan kebahagian buat semua. Marilah buka lembaran baru pada syawal ini, lupakan yang keruh ambil yang jernih dan buatlah 1 syawal ini titik permulaan bagi suatu perjalanan yang dirahmati dan diberkati Allah jua.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI & MAAF ZAHIR BATIN BUAT SEMUA.


Wednesday 2 September 2009

Nasi Bukhari

Resipi ini diajar oleh sahabat saya Sheikh Aziz dan isterinya, Zainab

NASI BUKHARI

Bahan

2 tin beras bhasmati maharani (direndam 1 jam)
1 ekor ayam, dipotong besar
3 sb minyak zaitun
2 biji bawang besar, dihiris
1 tin lobak merah (hiris halus)
1 1/4 tin air
1 sb jintan halus, ditumbuk halus
kismis, kunyit, gula, safron (koma-koma), garam

Cara

1. Ayam dipotong besar, dibersihkan, digaul bersama serbuk kunyit dan garam. Goreng hingga kuning.
2. Panas minyak zaitun dalam periuk. Tumiskan bawang besar hinga layu.
3. Masukkan hirisan lobak merah dan goreng lagi hingga lembut. Kemudian masukkan air dan garam.
4. Bila mendidih, masukkan beras dan minyak zaitun lagi.
5. Bila hampir kering, masukkan ayam goreng tadi dan tanamkan dalam nasi.
6. Bila nasi kering, taburkan kismis, safron, jintan halus (tumbuk), minyak zaitun dan gula.
7. Biar masak dan jangan dibuka tutupnya sehingga hendak dihidang.

(tip: minyak zaitun, memotong rasa cepat muak. Gula pula membuat nasi itu menjadi berulas)

Resipi coklat chip

Tak lama lagi dah nak raya...jadi terasa pulak nak berkongsi resipi yang ssesedap coklat famous amos...tak caya cuba lah...

BISKUT CHOKLAT CHIP

Bahan

3 1/2 cawan tepung naik sendiri
1 (250gm) mentega
1 cawan gula kastor
1 cawan gula perang
1 biji telur
200gm chip coklat
3 sb serbuk koko
1 sk esen vanila
kismis, cashew nut, hazelnut (optional)

Cara

1. Pukul mentega bersama gula hingga kembang.
2. Masukkan telur, esen vanila dan pukul sedikit lagi.
3. Masukkan bahan2 kering (tepung, koko, kekacang (jika diguna), chip coklat) dan digaul rata.
4. Kemudian bentukkan adunan ini berbentuk bola yang tajam sedikit keatas. Bakar dalam ketuhar.

Peringatan: tujuan adunan dibentuk bebola yang berbukit sedikit kerana biskut ini akan mengembang dan meleper. Dengan adanya puncak itu, biskut ini akan mempunyai bentuk yang cantik. Sekiranya mentega itu terlebih pukul dan kembang, adunan akan menjadi sedikit cair. Maka, sudu boleh digunakan untuk membentuk biskut ini (drop cookies method).



Dilema

Setiap kali pendapat ku dipinta mengenai sesuatu isu fikiran ku akan bercelaru mencari jawapan yang tepat. Tapi adakah jawapan yang ku beri itu benar-benar yang terbaik buatnya??? Buntu...sebenarnya ku buntu!!! Sebabnya, apa yang terbaik ku fikirkan mungkin bukan yang terbaik buat dirinya...jadi siapalah aku untuk menasihatinya...setakat seorang kawan yang boleh dibawa berbincang...untuk mendengar segala kelohan ..dan untuk meminjamlan bahu tatkala menangis!!! Ya...itulah sebenarnya diriku....semuanya demi satu persahabatan.

Tapi....bagaimana pula dengan diriku...adakah sesiapa diluar sana yang sanggup mendengar keluhan perasaan yang ku pendam selama ini....???? Pada hematku hanya saorang saja yang boleh ku ceritakan segalanya...tapi adakah ku akan berbuat demikian...mungkin tidak!!!!

Aku akan tetap dengan diriku yang suka memendam rasa, berbicara sendirian didalam benak kepalaku ...aku tak mudah untuk berbicara dengan sesiapa..bukan sifatku untuk berbuat demikian walaupun buat teman yang karib!!

Heheheh...aku memang suka solo, cari jawapan solo, bermasalah pun solo....kenapa kau tanya??? sebab aku tidak mahu sesiapa pun tahu akan kekurangan ku ataupun apa pemasalahanku...yep! that's it...i'm a lone ranger!

Tapi..bagi ku setiap kebuntuan ada jalan nya..cuma kita kena berusaha mencari jawapan nya..sentiasa melapangkan diri, bermuhasabah dan fikir secara positif. Yang pastinya..every cloud has a silver lining...yang kusut dileraikan dan pastinya tiada kekusutan lagi.

Sentiasa berdoa kepada Yang Maha Esa agar diberi petunjuk juga taufik dan hidayah...semoga diterangkan hati, dilapangkan fikiran. Sekiranya masih buntu, ambillah wuduk dan sembahyang hajat atau istikharah saja. Rajin-rajinlah membaca al-Quran kerana ianya memang memberi ketenteraman yang tak terhingga juga menenangkan hati yang gundah-gulana. InsyaAllah....

Friday 5 June 2009

Sampai bila....

Seringkali ku tertanya-tanya...bagaimana pandangan majikan terhadap kakitangannya. Adakah kakitangan itu berharga buat mereka atau setakat untuk menyiapkan kerja sahaja? Adakah kami di ibaratkan mesin atau robot yang tak berperasaan.

Pada hematku, kakitangan merupakan aset yang amat berharga dimana tanpa mereka syarikat tak dapat berfungsi dan tak bernyawa. Kakitangan adalah nadi penggerak dan tangkai nyawa bagi sesebuah syarikat. Tapi...adakah begitu yang difikirkan oleh majikan masakini terutamanya syarikat bumiputra. Tentunya tidak......!!!

Dari apa yang ku lihat dan ku alami sendiri, kebanyakkan syarikat anak melayu sering kali lupa diri. Mereka lupa akan pengorbanan dan kesetiaan anak-anak buahnya. Apakan tidak, selalunya perkerja melayu akan terus setia kepada majikannya seperti kesetiaan yang ditunjukkan Hang Tuah kepada Sultan Melaka tapi sayang, majikan ambil sikap acuh tak acuh dan jarang melihat mereka sebagai insan yang patut dijaga kebajikannya. Seringkali, pekerja-pekerja ini mendapat gaji lewat, adakala terpaksa menunggu berbulan bulan sebelum menerima habuan penat-lelah mereka.

Pernahkah majikan-majikan ini terfikir yang pekerja-pekerja juga mempunyai tanggung-jawab masing-masing; membayar sewa rumah, air dan letrik, kos sara hidup yang lain termasuk tambang untuk ke tempat kerja?

Malangnya, majikan-majikan ini sering berpeluk tubuh, membisu seribu bahasa dan tak mahu memberi penjelasan kepada kakitangan mereka. Bukan apa...sekurang-kurangnya berhadapanlah dengan kami dan nyatakan situasi yang sebenarnya! Ini tidak...mereka menghilangkan diri, kalau muncul pun sekadar menjadi "jack-in-the-box" sahaja! Memang mengecewakan....Tetapi kakitangan tetap setia menjalankan tugas mereka walaupun tanpa gaji. Mereka bersedih...tidak tahu dan malu nak meminta penjelasan dari majikannya...sehinggalah tinggal satu ringgit di dalam poket baru nak bertanya...itu pun dengan perasaan gusar di hati. Mengapa? Bukankah mereka berhak untuk mendapat penjelasan sepenuhnya?

Sebenarnya perasaan hormat kepada majikan masih tertanam dihati nurani mereka. Kakitangan kakitangan ini tidak mahu mengaibkan majikan mereka apatah lagi untuk menjatuhkan maruah mereka. Itulah hakikatnya!

Sebaliknya majikan ini mudah lupa daratan. Mereka bermegah bila mendapat pembayaran beratus ribu daripada pihak kontraktor utama. Selepas melangsaikan tunggakan gaji, mereka lupa untuk membuat perancangan bajet yang lebih efisien. Mereka tergesa-gesa memikirkan cara untuk membelanjakan dana yang diterima. Mereka bermula dengan menambah pintu keselamatan menggunakan sistem biometriks cap jari yang terkini dan rancangan untuk pengubah suaian pejabat. Sudahkah mereka berfikir semasak-masaknya setiap perancangan yang dibuat? Bagaimana dengan perancangan kewangan buat jangka masa terdekat, pendek dan panjang....adakah semua itu diambil kira?

Apakah pula pelan tindakan yang patut diambil untuk memastikan tiada lagi masalah kelewatan pembayaran dari pihak kontraktor...sudahkah difikirkan? Sudahkah segala ketetapan yang diperlukan pihak kontraktor untuk pembayaran telah diuruskan dengan sempurna? 

Nampaknya, agak kucar-kacir! Pihak pengurusan masih lagi tercari-cari kaedah yang boleh diguna pakai, masa mereka banyak terbuang kerana tidak tahu skop kerja sendiri, tiada penugasan kerja...mungkin kerana kurang percaya pada kakitangan sendiri...

Hakikatnya, selagi kelemahan ini tidak diperbetulkan tidak mungkin permasalahan yang menimpa syarikat ini dapat diatasi....ketidak puasan dihati pekerja akan terus membara ....akhirnya syarikat juga yang akan menderita. Syarikat hanyalah satu kelonsong yang kosong, yang mengisi dan mewarnai kelonsong ini adalah kakitangannya. Sedarlah!!!

Jangan biarkan retak menanti belah....sayang sungguh! Syarikat harus sedar dari 'mimpi indah' mereka. Selami kembali asal nawaitu mereka semasa memulakan syarikat ini dan projek yang diberi...janganlah lupa diri! Kembalilah ke pangkal jalan!

Maruah Melayu harus dijaga, jangan terus diperlekehkan sebagai bangsa yang malas, tak berwibawa dan tak pandai berniaga tapi asyik terus meminta-minta!!! Kita tidak boleh berada ditampuk yang lama, semasa dijajah dan minda terjajah. Kita harus keluar dari kotak 'selamat' ...lakukan anjakan paradigma dalam meniti perjuangan yang baru!!! 

Apa jua tindakan kita, mulakan langkah dengan Bismallah, semoga sentiasa dilindungi dan diberkati Allah.

Thursday 4 June 2009

DEMI MASA

Masa
Kau berlalu dengan pantasnya
Tak terkejar

Masa
Kau tertawakan mereka
Leka dengan duniawi
Lupa pada janjinya

Masa
Kan ku kejar impianku
Sediakan diri untuk ke sana
Ke Raudah kehidupan

Masa
Kau kan tiba ...tepat waktunya
Esok lusa ...bila-bila
Diriku tetap bersedia

Musings....

Once, I was asked by a good friend what's it like to loose a parent. Well! I'd lost both my parents....Frankly speaking, its a Nothingness...The greatest lost that is non-replaceable! My mom died in 1980 while my dad in 1985. Both had been my bosom buddies...really my parents especially my mom was my closest pal. I could talk to her about anything; my fears, feelings, crushes...she'd be understanding and non-judgemental. She would just smiled or brush away my tears, if any. She'd let me rant on and on until I'm done. Then, in her gentle tone she'd consoled and hugged me! In my mind's eye, I could still see her, hear her soft voice and feel her warm hug.

As for my dad, he was stern, disciplinarian and....(hmm) putty in my hands. He's strict, al right...but understanding! I had a lot of escapades and got away scot free..hehhehhh! I was mischievous, naughty, tomboyish...and most importantly, a high achiever. Really, I'm not trying to gloat! I had always been a high achiever...I excelled in academics and sports. I had been the recipient of many scholarships and awards since primary school to higher institution. In fact, my education was self-paying and my parents had no worries. As for sports, I had my share of glory in athletics and hockey. Until today, I could still feel the adrenaline rush and a heady sensation whenever I watch the World Athletics Meet and Olympics. There were times that I wish I could remain young and compete in the arena...but that's a foolish thought!

Yeah...my parents would beamed and exclaimed "camtu lah anak mak, anak ayah...mesti menang!" We had a special cabinet for my countless trophies; mostly athletics and hockey, stage-acting, debate, oratory competitions, and lots more. To all of us, these hard-won trophies were priceless but became a bane with the coming of festivities. We had to spend hours to polish the trophies! My sister and I would be arguing and cursing one another for the extra workload...Ha..Ha..Ha..Those were the days!

As I said, my parents were really proud and favoured me the most. The thing was, I had always been independent and confident of myself, embraced with their love for me. So when they were gone, it was like a kick in the stomach when reality crept in.

With our parents gone, we are nobody! There's no one we can lean on and we are at the mercy of everyone. It's just like a brood of chicken that has lost the mother hen! Noboby respect, listen or considers your feeling. As the Malay proverb says "bagai mentimun dengan durian, dilenyek ke kiri pun lumat, ke kanan pun lumat". Only now, do we realise the kind of respect that we'll garner when our parents were alive!

How much can your relatives, siblings or even your husband fill the void that's left by your parents? Nothing much....Even though they may love and cherish you, it won't be the same as the love bestowed upon you by your parents....Believe me!!!

If only I could turn back the clock, I'm willing to go to world's end to give my parents anything that they desire. As it is, they died when I was still studying...my mom died a few days before my convocation while my dad died a few years later, after I had just landed a job, two months after returning from abroad. Thus, I didn't get the opportunity to shower them with their hearts desires.

How I wish my children had the opportunity to know their grandparents and be showered with their love, just as I had. How I wish my husband had the opportunity to know my mom, then he would realise the true meaning of motherly love which is unquestionable, undivided and immeasurable! Yeah...that's unfortunate!

Anyway, for all those who read my blog, remember to cherish your parents. Shower them with your love and never utter any 'urghs' or the word 'malas' to them. Most of all, never belittle them, retort or hurt them with your words or actions. Love them till the end of your days and you'll be blessed by GOD. Then God's willing, everything in life will run smoothly for you!!!

Monday 25 May 2009

Unforgettable

It's almost midnight when we drove by the dimly lighted lane. As the rain had stopped just an hour ago, my husband decided to take the corner at a slow, steady pace. As usual, I was prattling non-stop when suddenly I felt the car swerving sharply to the left as though an unseen force had taken hold of the steering. Momentarily speechless, my right hand gripped the dashboard while my left elbow anchored itself to the door. I was bracing for the impact.

"Allah! Allahuakbar!" I shouted. With all his might, my husband tugged the steering to the right. The car then veered sharply to the right and went straight for a tree. on the opposite side of the road. I could see that the car was going to crash and the tree was directly looming in front of me. Again I shouted "Allah! Allahuakbar". As my husband tried to avoid crashing the car head-on, the car scrapped the tree on its left before hitting the hillslope, turned backwards and faced the road again. The soft ground caused the car to grind to a halt. Thank God!

Stunned. We sat in the car to regain our nerves. "Are you okay?" asked my husband. "Still in one piece", I quipped cheekily. He smiled and took a torchlight to access the damage. "Not too bad, just the front bumper and the left door," he said. "You have to climb out through my side if you want to get out 'cos yours is stuck".

I nodded and sat back, thanking God for saving us. Shortly, a taxi and motorcyclist stopped next to us and offered to help. The three men gave a hefty push as I took the wheels and drove the car to the tarmac. As the good samaritans drove off, my husband gazed at me and asked "Do you want to go home or should we proceed with our plan to meet Winnie?"

"Guess...we should. We're okay and let's go for drinks at the mamak stall. I'll call Winnie now." The short meeting that we had with Winnie ended with the usual promise to get more information. As it is, Winnie is a broker and her demands are plenty. In most business dealings, she seldom shows her cards and when she did it will be the barest minimum. Thus, quite a number of deals went up in smoke!

Anyway, after the meeting cum drink we drove home. Half way through the journey, I smelt something's burning. I should say that I do have a keen nose for smell. At first, I kept quiet and prayed hard that the smell would just disappear. Lo and behold, it became more intense as we reached Jalan Genting Klang. Luckily for us, the car's engine stalled as we reached a Shell petrol station. Smoke started to emit from under the hood.

"Oh my God! There's no water, no engine oil," exclaimed my husband after checking the engine. " Thank goodness, the car didn't stall in the middle of the road...or else...massive jam!" he gushed. Yeah! I would hate that especially since it's night and dark.


As we ponder on our next move, a tow truck careened into the petrol station for refuelling. That's it! God had answered our prayers! My husband went over to discuss with the truck driver on towing our car to a friend's workshop in Kampung Baru. After haggling over the price, the wreck was towed.

By this time it's almost two o'clock and taxi was no where in sight at Kampung Baru. I had to make a few calls and finally got hold of my son's friend to help us out. Yeah! In times of need we always sought Afiq's help. He's a great friend indeed!

After taking a few snapshots of the car, we went home. To-date, the car is still in the workshop and should be ready soon. I hope this would be the last and the end of all accidents and it won't happen again. The experience was traumatic and I've yet to fully recover from it.

Thank GOD we're still in one piece!


Monday 11 May 2009

Catatan Perjalanan

Seperti biasa bila tiba cuti semester sudah semestinya ku dan suami akan ke Pantai Timur untuk menjemput anak terunaku pulang. Oh ya! anakku menuntut di salah sebuah institusi tinggi di Pantai Timur. Bukannya dia tidak boleh pulang sendiri tapi memandangkan naluri seorang ibu yang sentiasa inginkan sesuatu yang terbaik untuk anaknya dan tak sanggup melihat anaknya persis gajah membawa lada maka ku telah memanjangkan langkah ke Terengganu.

Seronok...sudah pasti! Ku sememangnya suka berjalan...setahuku sejak dalam rahim ibuku lagi sudah jauh merantau. Jadi darah perantauan telah jadi sebati buatku. Begitu juga bila dewasa, ku telah menjelajah jauh dan menikmati pelbagai ragam kehidupan. Semuanya menjadi satu rempah-ratus kehidupan buatku!

Berbalik semua kisah perjalananku tadi ke Terengganu...Adalah menjadi kebiasaan bagiku untuk memulakan perjalanan pada sebelah malam kerana suasana yang lebih dingin, trafik pun kurang di lebuh raya. Mengikut anggaran masa, kami akan tiba di Kuantan jam 2:00 pagi. Lazimnya, kami telah buat perancangan untuk singgah di Indera Mahkota dan bermalam di sana sebelum meneruskan perjalanan di sebelah pagi nanti.

Tapi "manusia hanya merancang Tuhan juga yang menentukan!" Itu yang terjadi....puas juga suamiku menalipon adiknya setiba di depan rumahnya! Walaupun bertalu-talu kami menalipon, tiada lansung reaksi yang menunjukkan yang mereka telah terjaga dari buaian mimpi....alahai!!! Persoalan yang ditimbul suami ku samada hendak terus tunggu disitu ataupun meneruskan perjalanan. Apa lagi..ku terus bagi paku buah keras....hahahaha! Kan dah ku bilang, kita bertolak saja pada pukul empat pagi bukan pukul sebelas malam...buat menyusahkan adiknya saja yang sudah tentu penat, maklumlah hari bekerja katakan! Begitulah reaksi ku bila mengorak pembukaan kata...tapi selepas tu ku cadangkan untuk bermalam saja di Kemaman. Suamiku pula minta tunggu 30 minit lagi sebelum meneruskan perjalanan, mana tahu kot adiknya tersedar bila dia mendail sekali lagi.

Cukup 30 minit, kami pun beredar dan terus menuju ke Kemaman. Pada mulanya suamiku ingin terus saja ke Dungun yang pada jangkaannya kami akan sampai jam 5:30 pagi. Ku membantah. Kataku lebih baik berehat di Chukai dan pada paginya baru bertolak ke Dungun. Pabila dia melihat ku benar-benar hendak rehat di Chukai, dia mengalah dan mencari tempat penginapan di Hotel Seaview, Chukai.

Hotelnya sederhana saja, tidak seperti yang biasa ku menginap tapi memandangkan hendak bermalam buat seketika saja, memadailah! Lagipun kos penginapan hanya RM80 setelah dicampurkan dengan caj servis. Kami boleh check-out pukul 3:00 petang. Oraitle tu!

Masuk saja ke bilik, ku terus baring di katil..tahu-tahu dah pagi dan mentari mulai menyinar dengan terangnya. Nyaman sungguh rasanya bila ku terlihat lautan yang luas terbentang melalui tingkat bilik hotelku....Hobi ku sememangnya menatap lautan dan langit yang terbentang luas...tak pernah ku merasa jemu, sentiasa ianya memberiku ketenangan dan inspirasi...Berbagai bagai kenangan sentiasa berlegar diingatan. Indah dan aman! Suatu keajaiban...Suatu nikmat...Sesungguhnya KeEsaan Allah!

Ku lihat suamiku masih nyenyak dibuai mimpi..biarkan dia relaks dulu, kata ku sendirian. Tepat jam 9:00 pagi, ku kejutkan suamiku. Wah....puas dah tidur dan cukup rehatku, katanya. Itulah sebenar niatku bila ku bertegas untuk berhenti di Kemaman dan rehat. Memandu tu memenatkan apatah lagi bila usia sudah meningkat...ku tahu ada kalanya dia terlupa diri dan rasakan yang dia masih gagah lagi....! Itulah yang dinamakan LELAKI dan SUAMI! Ego masih besar lagi...hahhahha! Tak mengapa, asalkan dia bahagia!

Selepas menjamu selera kami meneruskan perjalanan. Suamiku singgah sebentar di Kemasik untuk menunaikan solat Jumaat. Aku pula duduk di wakaf yang terdapat dipersekitaran masjid untuk berehat. Walaupun cuaca di luar sungguh panas terik tetapi di wakaf udaranya sejuk dan nyaman. Terdapat sebuah keluarga yang sedang berehat dan menikmati makan tengahari di wakaf sebelahan. Enak sungguh mereka menjamu selera walaupun azan sudah berkumandang dan khutbah telah bermula. Ku lihat saja gelagat mereka. Si suami dan tiga orang anak lelakinya masih sibuk menikmati hidangan! Eeeh! Mereka tak terdengar ke seruan azan tadi dan kini khutbah jumaat yang sedang berkumandang...bisik hati kecil ku. Masih ramai lagi kaum Adam yang berlegar-legar di luar, di pondok motosikal ber bual berkumpulan...tiada yang menunjukkan hendak bergegas memenuhi ruang masjid...isykk....mengapa? Bukankah sepatutnya mereka duduk mendengar khutbah di dalam masjid...bukan bersembang di luar sana! Apa yang dah jadi dengan anak Melayu kita....camni ke solat jumaatnya? Persoalan itu bermainan dibenak kepala ku...nampaknya bertambah lemah ilmu agama mereka!

Tiba-tiba sekumpulan kanak-kanak lelaki berlarian ke wakaf ku dan bermain di situ. Ku tanya mengapa tak ke masjid mendengar khutbah jumaat...mereka kata penat dan asyik dimarahi guru mereka kerana berborak. "Memang benar tak boleh berborak semasa khutbah jumaat, kita mesti dengar khutbah itu," kataku kepada kanak-kanak itu lagi. "Mendengar khutbah adalah sebahagian dari solat jumaat," kataku lagi. Kanak-kanak berlapan itu diam saja. Kemudian salah seorang dari mereka berkata yang mereka hanya akan masuk bila iqamat nanti. Kelu lidah ku seketika. Nampaknya budak-budak sekarang tidak macam dulu, mendengar cakap orang tua. Tetapi nak ku salahkan mereka pun tak ada gunanya...sebab anak-beranak di wakaf sebelah masih menjamu selera tanpa mengendahkan khutbah yang berkumandang. Salah siapa?

Ku terus menasihati mereka...tapi biasalah budak-budak, suka mengikut kata berkumpulan...mereka terus bermain sehingga iqamat kedengaran...huuuuh! Ku lihat anak-beranak di wakaf sebelah baru membilas tangan dan meneguk minuman sebelum melangkah menuju ke masjid. Alhamdulillah!

Selesai solat jumaat, kami menyambung perjalanan sehingga ke Dungun. Suasana di kampus hampir lengang, hanya tinggal pelajar-pelajar yang mempunyai kertas peperiksaan pada hari itu yang masih belum pulang. Warga kampus yang lainnya telah pun pulang ke kampung halaman masing-masing.

Anakku mula memuatkan 3 buah beg yang sarat dengan pakaian dan buku ilmiahnya kedalam ruangan barangan dibelakang kereta. Sambil itu, dia meminta bapanya menghantarnya ke kafe berdekatan untuk mengambil komputer riba kepunyaan sahabatnya...eeh adakala anakku tu terlebih baik hati pula!

Selesai urusan dikampus, kami memulakan perjalanan untuk pulang ke Kuala Lumpur. Kami singgah sebentar untuk makan ditepi pantai sebelum bertolak ke Kuantan. Desiran angin dan alunan ombak membelah pantai sungguh mengasyikkan! Ku menjamu selera dengan lahapnya..sedaaap! Seronok sungguh tak terkata.

Selepas puas menikmai hidangan kami terus berangkat pulang. Sesungguhnya, pekan Dungun menjadi pekan yang 'mati' pada hari Jumaat. Kebanyakkan kedai tutup melainkan gerai makanan. Niat suamiku untuk membeli kueh bahulu dan akok kegemarannya tidak kesampaian. Kami teruskan perjalanan.

Suamiku mengambil keputusan untuk menuju ke Pantai Tok Nik untuk membeli keropok ikan. Harganya boleh tahan dan rasa keropok lekor yang siap digoreng juga sedap. Seperti biasa, ku tidak melepaskan peluang untuk menikmati makanan. Benar-benar sedap!

Kami singgah sebentar di tepi wakaf yang menjual ketam nipah. Murah juga harganya; dari RM15 sekilo sehingga RM22-RM25 sekilo bergantung pada saiznya. Menurut penjualnya, ketam nipah ni boleh hidup selama 3 hari sekiranya direngiskan sedikit air. Sekira ingin dikekalkan kepadatan isinya, ketam ini hendaklah disimpan kedalam peti sejuk. Dengan itu, isinya takkan cair.

Sampai sahaja kami di Indera Mahkota, ku telah memberi sebahagian daripada ketam nipah yang ku beli untuk digulaikan. Adik iparku memang pandai memasak kari ketam....sedap sampai menjilat jari! Resipinya mudah.

1 kilo ketam yang dibersihkan
bawang besar, bawang putih, halia yang dikisar
penumis, daun kari
rempah kari ikan
santan
air asam jawa
garam

1. Tumiskan bahan-bahan penumis, masukkan bahan-bahan yang dikisar
2. Apabila wangi, masukkan rempah kari dan biarkan garing.
3. Masukkan air asam jawa dan santan.
4. Masukkan ketam dan garam secukup rasa. Biarkan pekat.

Resipi ini sedap dimakan bersama nasi atau roti.

Selesai makan malam dan selepas merehatkan badan seketika, kami memulakan pemanduan pulang ke Kuala Lumpur. Setibanya kami ke rumah, jam menunjukkan pukul 3:00 pagi. Genap seharian kami berjalan dari Kuala Lumpur-Dungun-Kuala Lumpur. Penat tapi menyeronokkan.



Friday 10 April 2009

Perjalanan Lenni - S101


"1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9.....10, siap tak siap...aku datang!" ujar ku sekuat-kuat hatinya. Aku berlari-ke hulu dan ke hilir mencari adik-beradikku yang sedang bersembunyi. 

Oh ya! Namaku Lucky. Aku adalah kucing kacukan Parsi dan tempatan. Jadi buluku agak panjang sedikit, berwarna kelabu berjalur putih. Aku ada 5 orang adik beradik; Putih, Belang, Coco, Jambul dan Fifi. Ibu kami bernama Lenni. Kami baru berumur 2 bulan, suka bermain siang dan malam. Antara kami, akulah yang paling nakal sekali....memang suka memanjat dan cari tempat baru untuk bersembunyi.

"Hah...aku nampak kau FIfi kat belakang almari. Coco, kau kat sebalik langsir tu....aku dah nampak dah!" ujar ku lagi. Mana pula pergi yang lainnya? Huh! Apa tu yang bergoyang dibelakang kotak besar tu...nampak macam ekor aje...Putih!

Apa lagi aku pun terkam ke arah Putih yang menyorok dibelakang kah dapat 3 tinggal lagi 2...eeeheeheeh! Aku tergelak perlahan...Shhhhhh! Kalau kuat nanti terdengar pula si Jambul dan Belang...

Hah! Itu pun mereka! Aku terus terkam Jambul dan Belang...berguling-guling kami dikarpet usang tu...Seronok betul. Yang lain pun masuk sekali bermain-main, sekejap kesana sekejap kesini...menangkap ekor dan berguling-guling! 

"Kalaulah setiap hari macam ini kan elok," bisik ku sendirian.

"Marilah kita main sembunyi-sembunyi lagi..." si-Putih merengek sambil menarik-narik ekorku. 

"Belum puas lagi tau...betulkan abang, kakak, adik?" ujarnya lagi. Yang lain turut menganggukkan kepala mereka.

"Hooray....! Kita boleh main...yeh...kita boleh main!" Putih bersorak dengan gembiranya. Dia melompat kesana dan kesini mengejar semua adik-beradiknya. Aku tersenyum lebar melihat gelagatnya. Kegembiraannya berjangkit-jangkit.

Tapi....peristiwa itu berlaku empat bulan yang lepas. Kini, si-Putih kelihatan lesu dan badannya semakin susut. Dia tidak seceria dulu. Setiap hari dia akan melangkah dengan longlainya menuju kebekas makanan yang terhidang. Namun. dia tidak menjamah sebutir friskies pun..hanya setakat menghidu bau friskies itu saja. Putih akan membaringkan dirinya disatu sudut sambil mengamati keadaan sekelilingnya dengan sayu.

Sebak hatiku melihat keadaannya sekarang. Mengapa manusia tiada lansung perasaan belas kasihan? Mengapa mereka tergamak untuk menakuk kepala si-Putih dengan kejamnya? Memang si-Putih bersalah kerana memasuki ruang dapur...tapi dia tidak akan mencuri ikan yang belum dimasak. Kami berenam tidak makan ikan mentah, makanan kami hanyalah friskies atau ikan yang telah direbus terlebih dahulu..bukan ikan mentah sebab kami akan muntah.... teruk!

Malangnya,  pembantu rumah tu memang penrengus orangnya dan tak suka kucing. Laju sungguh tangannya, ditakuk kepala Putih dengan parang! Putih telah menggelupur kesakitan dan lari bertempiaran sebelum rebah didalam longkang. 

Selama dua hari si-Putih hilang dan tak dapat dikesan, sehinggalah pada hari yang ketiga seorang peniaga nasi lemak telah memaklumkan kepada tuan kami, adik Nana, yang dia terlihat se ekor kucing putih didalam longkang bersebelahan dengan gerainya.

Apa lagi, adik Nana pun berlari ke longkang tersebut dan terlihat si-Putih terbujur kaku didalamnya. Terkedu adik Nana melihatnya. Dengan berjujuran airmata Nana, si-Putih diangkat dan dibawa pulang.

Friday 3 April 2009

Apakah ertinya ......

Angin berdesir lembut mengusap wajahnya yang kelihatan lesu...tak berseri lagi..Matanya yang pada suatu ketika bercahaya girang menghitung hari pertunangannya kini tak bermaya lagi...kusam..gelap seperti satu kematian! Ya...pastinya satu kematian yang mencengkam dan meragut api percintaannya. Tak ku tahu apa yang patut ku lakukan untuk menghapuskan setiap butir kesedihan dihatinya. Bagaimanakah patut ku membelah keheningan malam untuk memberikannya suatu cahaya keikhlasan untuk meniti kehidupan yang baru? buntu...benar-benar ku buntu untuk membantu...!

Sepi...

Alangkah baiknya kalau dia terus meraung....menjerit...atau menghemburkan kata-kata kesat yang menjengkelkan... setidak-tidaknya dapat dilepaskan segala geram kesumat yang membakar dihati nurani nya.......bukan kaku sebegitu...aannhhhh!

Ku bingkas bangun...melangkah menuju kepadanya tapi..kakiku terhenti...patutkah aku memujuknya...tersekat...tak terhayun kakiku melangkah bendul di situ..sebaliknya ku tersandar dimuka pintu dan mengamatinya saja....

Biarkan dia dulu...biarlah dia memberi penjelasan kepada hatinya, biarlah dia mengutip setiap butir kenangan untuk melingkar perjalanan yang baru...yang pastinya aku akan sentiasa berada di sisi, sedia mengutip setiap butir kesedihan dan menggantikannya dengan bunga-bunga senyuman semoga dia mengenal kembali erti kehidupan, keceriaan dan harapan!!!


Wednesday 25 March 2009

Seperti lautan yang luas terbentang, kehidupan juga ada pasang surutnya. Setiap hari adalah satu perjalanan yang belum diketahui akhirnya...mungkin berombak, bergelora atau pun tenang saja...sebagai insan yang sentiasa mencari-cari, sudah pasti kita inginkan yang terbaik buat diri...tapi mampukah kita??? kita hanya boleh berusaha, yang lain nya adalah ketentuan Illahi. Begitu juga bab gaji...setiap kesusahan ada rahmat disebaliknya...yang pasti kita harus mensyukuri dengan rahmat yang telah diberi...!!!!

Perjalanan hidup ku...sentiasa mencari yang terbaik buat diri, inginkan rahmat dari Yang Maha Esa semoga perjalanan ku sentiasa lurus tanpa onak dan duri, tanpa badai yang meragut lautan ketenangan...sehinggalah ke akhir zaman!!!

Senyuman buat diri dan taulan, nyanyian zikir sentiasa dihati, kerlingan manja buat tersayang...hidup dengan penuh harapan dan kepercayaan, tiang agama tonggak kejayaan dan pedoman....inilah resipi kehidupan buat rakan dan taulan.

Resipi kehidupan

Bahan-bahan:

1 mangkuk senyuman
1 mangkuk kesetiaan
2 mangkuk kesabaran
beberapa cakir kasih-sayang
selautan zikir tak bertepian

Cara-caranya:

Dicampurkan kesemua bahan kedalam magkuk kehidupan. Ikut citarasa, sekiranya berkurangan enaknya..tambahkan lagi kasih-sayang.

Insya Allah...ada keberkatan..amalan kewajipan jangan ditinggalkan..Enak rasanya..tiada bandingan!!!

Cubalah resipi kehidupan!!!

Salam Perkenalan

Salam buat semua...

Horay!!!!Urhm...nilah kali pertama ku mencuba blogging..tapi....rasa malu pun ada juga..sebab ianya kan ku buat sebagai tempat untuk curahan rasa....nak merintih...bukan.....jangan salah faham ye...cuma nak mencoretkan rasa hati tentang kehidupan...apa-apa saja yang tersirat di hati dan benak kepala ku saja....tunggu ya...bisikan rasaku nanti..